Monday, December 15, 2008

Pengenalan

Salam sejahtera.

Ramai diantara kita yang berminat menternak belut. Kerana apa? Antaranya kerana permintaan belut itu banyak terutama dari kalangan penternak lintah. Memang benar. Namun demikian, kita jangan lupa sebenarnya banyak lagi orang yang menggunakan belut untuk tujuan lain.

Disini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak maklumat untuk ternakan belut.

Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan diri saya. Saya Roshidi Bin Ahmad Ismail dari syarikat R & R Fishery. Saya mahir dalam bidang ternakan ikan air tawar termasuklah belut. Untuk makluman semua, pengalaman dalam bidang ikan air tawar adalah lebih dari 20 tahun. Ini termasuklah pengalaman yang dikongsi bersama-sama keluarga saya memandangkan mereka merupakan pengasas kepada perniagaan ikan air tawar.

Sebagai penceramah tentang belut, saya telah mengenal pasti beberapa individu telah ditipu tentang penternakan belut. Ada diantara mereka telah berjumpa dengan saya untuk membincangkan teknik sebenar menternak belut.

Sehubungan dengan itu, bagi sesiapa yang berminat, boleh mengikuti blog ini secara percuma.

No comments:

Post a Comment